Skip to main content

Notis Privasi

Notis Privasi

Kemas kini terakhir: 11 Oktober 2023

Bahagian Dilitupi:

  • Hak-hak Privasi Anda
  • Skop dan Kemas Kini
  • Data yang Kami Kumpul dan Cara Kami Mengumpulnya
  • Pemindahan Maklumat Merentas Sempadan
  • Bagaimana Kami Melindungi dan Menyimpan Maklumat Peribadi
  • Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi yang Kami Kumpul; Tujuan dan Asas Undang-undang untuk Pemprosesan
  • Bagaimana Kami Berkongsi Maklumat Peribadi dengan Pihak Ketiga
  • Penyimpanan Data
  • Bagaimana Anda Boleh Mengakses atau Mengubah Maklumat Peribadi Anda, dan sebagainya
  • Bagaimana Kami Menggunakan Teknologi Penjejakan
  • Bagaimana Anda Boleh Menarik Diri daripada Komunikasi Pemasaran
  • Pengumpulan Maklumat daripada Kanak-kanak
  • Bagaimana Anda Boleh Menghubungi Kami mengenai Privasi
  • Notis Privasi Rantau-Rantau Lain

Hak-hak Privasi Anda

Kumpulan syarikat, pengganti, pecahan, dan kumpulan entiti Ollion terdiri daripada Ollion, Inc., sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Delaware, yang dahulu dikenali sebagai 2nd Watch, Inc.; Ollion Pte Ltd (UEN: 201727153K), sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Singapura, yang dahulu dikenali sebagai ST Telemedia Cloud Pte Ltd; PT Ollion International Indonesia (Perniagaan Utama No. 9120401581563), sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Republik Indonesia, yang dahulu dikenali sebagai Cloud Comrade Indonesia; Ollion Sdn Bhd (201801006447(1268461)), yang dahulu dikenali sebagai Cloud Comrade Sdn Bhd; CloudCover Consultancy Pvt Ltd (CIN: U74900PN2015PTC153774), sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Republik India; CloudCover Pte Ltd (UEN20172789G), sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Singapura; dan Cloud Comrade Pte Ltd (UEN: 201414379M), sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Singapura (secara kolektif, “Ollion”,atau “kami”).

Notis privasi ini (“Notis Privasi”) menerangkan bagaimana kami mengendalikan Maklumat Peribadi (ditakrifkan di bawah) berhubungan dengan anda dan hak privasi anda mengenai pengumpulan, penggunaan, pemprosesan, penzahiran, penyimpanan, perkongsian dan perlindungan Maklumat Peribadi tersebut dalam milikan kami atau di bawah kawalan kami.

Maklumat Peribadi” hendakah mempunyai takrifan yang ditetapkan oleh undang-undang privasi dan perlindungan data yang terpakai, namun secara amnya termasuk apa-apa maklumat yang boleh digunakan untuk membezakan atau mengesan identiti individu seperti nama, nombor keselamatan sosial, tarikh dan tempat lahir, maklumat perubatan, pendidikan, kewangan atau pekerjaan.

Notis Privasi ini hendaklah terpakai pada laman sesawang Ollion dan semua halaman yang berkaitan, tanpa mengira bagaimana anda mengakses atau menggunakannya (secara kolektif, "Laman" ini).

Notis Privasi ini tidak terpakai pada Maklumat Peribadi yang anda berikan kepada atau yang dikumpul oleh pembekal-pembekal perkhidmatan yang berkenaan yang anda lakukan perniagaan bersama atau anda merupakan pelanggan kepada, walaupun kami mempunyai hubungan perniagaan dengan pembekal perkhidmatan tersebut (sebagai contoh, di mana kami membekalkan mereka dengan perkhidmatan seperti sokongan dan/atau perkhidmatan kejuruteraan) dan/atau memproses Maklumat Peribadi bagi pihak mereka dan untuk tujuan mereka. Lihat notis privasi pembekal perkhidmatan anda untuk mendapatkan maklumat tentang bagaimana pembekal perkhidmatan anda mengendalikan Maklumat Peribadi anda dan bagaimana anda boleh mengawal Maklumat Peribadi anda di bawah milikan atau kawalan mereka. Sila rujuk sub-bahagian di bawah bertajuk “Pengumpulan dan Pemprosesan Maklumat Pembekal Perkhidmatan” untuk maklumat lanjut.

Notis Semasa Pengumpulan:Pada atau sebelum masa pengumpulan, pemastautin California boleh mempunyai hak untuk menerima notis amalan kami, termasuk kategori maklumat peribadi yang akan dikumpul, tujuan maklumat tersebut dikumpul atau digunakan, sama ada maklumat tersebut dijual atau dikongsi, dan berapa lama maklumat tersebut disimpan. Pemastautin California boleh mendapatkan butiran tersebut dengan mengklik pada pautan di atas.

Skop dan Kemas Kini

Notis Privasi ini memaklumkan anda berkenaan dasar kami mengenai pengumpulan, penggunaan dan penzahiran Maklumat Peribadi apabila anda:

  • melawati atau menggunakan Laman ini;
  • melanggan surat berita, atau kempen promosi kami;
  • meminta maklumat tentang penyediaan perkhidmatan kami seperti sokongan dan/atau perkhidmatan kejuruteraan; atau
  • bertanya tentang peluang pekerjaan.

Sila rujuk “Notis Privasi Rantau-Rantau Lain” untuk hak-hak tambahan khusus kepada pemastautin bidang-bidang kuasa lain.

Kami boleh meminda Notis Privasi ini pada bila-bila masa dengan menyiarkan versi yang telah disemak di Laman. Kami juga mungkin menghantar komunikasi-komunikasi lain kepada anda tentang kemas kini yang dibuat pada Notis Privasi ini. Versi yang disemak akan berkuat kuasa pada masa kami menyiarkannya pada Laman. Oleh itu, kami menggalakkan anda menyemak Notis Privasi ini secara berkala untuk kekal maklum mengenai sebarang perubahan atau kemas kini.

Data yang Kami Kumpul dan Cara Kami Mengumpulnya

Maklumat yang Anda Berikan kepada Kami Melalui Laman ini dan/atau Interaksi dengan Kami: Kami mengumpul maklumat tertentu yang anda berikan kepada kami melalui Laman ini, dan/atau melalui interaksi yang kami mungkin lakukan dengan anda, seperti semasa acara dan persidangan dan melalui usaha-usaha promosi kami yang mungkin termasuk balasan anda kepada e-mel, panggilan telefon, risalah atau tinjauan kami.

Maklumat sedemikian termasuklah:

  • Nama syarikat anda
  • Lokasi syarikat (Negara/Rantau)
  • Alamat lokasi
  • Nama pertama dan nama keluarga
  • Panggilan anda
  • Alamat e-mel
  • Nombor telefon
  • Nombor fax
  • Alamat IP/ geolokasi (dijejak melalui kuki, berdasarkan tetapan & pilihan penyemak imbas pengguna)

Di mana anda menzahirkan Maklumat Peribadi individu lain kepada kami, anda menjamin bahawa anda mempunyai kuasa yang diperlukan untuk berkongsi Maklumat Peribadi tersebut dengan kami, dan individu tersebut telah memberi persetujuan untuk kami mengumpul, menggunakan dan/atau menzahirkan Maklumat Peribadi sedemikian untuk tujuan berkaitan anda membuat penzahiran tersebut atau seperti yang dimaklumkan kepada anda pada masa berkenaan dan tujuan lain seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi ini. Anda memahami dan mengakui bahawa Maklumat Peribadi tersebut akan tertakluk kepada terma dan syarat Notis Privasi ini.

Maklumat yang Anda Sediakan untuk Potensi Pekerjaan: Apabila individu memohon pekerjaan dengan kami, kami mengumpul maklumat tambahan (seperti resume, ‘cover letter’, dan gaji yang dikehendaki) untuk memulakan proses permohonan melalui Laman ini, atau melalui pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami. Semasa proses pengambilan pekerja, kami mungkin mengumpul data peribadi sensitif (i.e., maklumat peribadi yang menyatakan keadaan perubatan atau kesihatan, asal usul kaum atau etnik, pendapat politik, kepercayaan agama atau falsafah, aktiviti atau pandangan ideologi, keahlian kesatuan sekerja atau maklumat yang menyatakan kehidupan seks individu) seperti yang dikehendaki oleh EEO A.S., keperluan negara dan undang-undang lain yang terpakai. Tambahan pula, kami mungkin menghantar Maklumat Peribadi berhubungan dengan anda kepada pihak ketiga tertentu untuk menjalankan pengesahan dan pemeriksaan keselamatan. Maklumat Peribadi berhubungan dengan anda mungkin dipindahkan kepada ahli gabungan dan pembekal-pembekal perkhidmatan kami yang terletak dalam bidang-bidang kuasa yang berbeza.

Maklumat Dikumpul secara Automatik Mengenai Penggunaan Laman dan/atau Interaksi dengan Kami: Seperti yang berlaku pada kebanyakan laman sesawang, kami mengumpul maklumat teknikal berkenaan komputer anda secara automatik apabila anda melawati Laman ini. Maklumat ini termasuklah alamat IP anda, jenis penyemak imbas, pembekal perkhidmatan Internet, halaman rujukan/keluar, sistem pengendalian dan geolokasi. Kami mengumpul pengecam peranti seperti maklumat sistem dan perkhidmatan untuk menilai perkhidmatan pengendalian dan keselamatan sistem yang kami selenggara. Kami juga mungkin mengumpul maklumat melalui penggunaan kuki kami. Kami lakukan ini untuk meningkatkan pemasaran dan analisis. Untuk maklumat lanjut, sila lihat Notis Kuki kami yang terdapat di https://ollion.com/cookie-notice.

Kami mengumpul maklumat secara automatik apabila anda:

melawati, berinteraksi dengan, atau menggunakan Laman (termasuk apabila anda menggunakan komputer anda atau peranti lain untuk berinteraksi dengan kami);

muat turun kandungan daripada kami;

membuka e-mel atau mengklik pada pautan dalam e-mel daripada kami;

berinteraksi atau berkomunikasi dengan kami (seperti semasa anda menghadiri acara-acara kami atau apabila anda meminta sokongan pelanggan); dan

melengkapkan borang pertanyaan dalam talian.

Contoh-contoh maklumat yang kami kumpulkan secara automatik termasuk:

maklumat rangkaian dan sambungan, seperti alamat protokol Internet (IP) yang digunakan untuk menyambungkan komputer anda atau peranti lain ke Internet dan maklumat tentang pembekal perkhidmatan Internet anda;

maklumat komputer dan peranti, seperti peranti, aplikasi, atau jenis dan versi penyemak imbas dan jenis dan versi pemalam penyemak imbas, sistem pengendalian, atau tetapan zon waktu;

lokasi peranti atau komputer anda;

maklumat pengesahan dan kelayakan keselamatan;

maklumat interaksi kandungan, seperti muat turun kandungan, aliran, dan butiran ulang semula;

metrik berhubungan dengan Laman seperti penggunaan, kejadian kesilapan teknikal, laporan diagnostik, pilihan tetapan anda dan log lain;

aliran klik Pencari Sumber Seragam (URL) penuh ke, melalui, dan dari laman sesawang kami (termasuk tarikh dan masa) dan kandungan yang anda lihat atau cari, masa tindak balas halaman, ralat muat turun dan maklumat interaksi halaman (seperti menatal, klik dan gerakan tetikus);

alamat e-mel dan nombor telefon yang digunakan untuk menghubungi kami; dan

pengecam dan maklumat yang terkandung dalam kuki (lihat Notis Kuki kami).

Pengumpulan dan Pemprosesan Maklumat Pembekal Perkhidmatan: Dalam sesetengah kes, kami bertindak sebagai pembekal perkhidmatan dan melaksanakan perkhidmatan seperti sokongan dan/atau perkhidmatan kejuruteraan bagi pihak dan di bawah obligasi kontraktual dengan pelanggan perniagaan kami (“Klien”). Dalam peranan kami sebagai pembekal perkhidmatan kepada Klien kami, kami mungkin mengendalikan data mereka sebagai pemproses data atau sub-pemproses bagi pihak dan untuk tujuan Klien kami. Kami tidak mempunyai hubungan langsung dengan pelanggan individu Klien kami dan pengguna akhir (yang mungkin termasuk anda) di mana Maklumat Peribadi tersebut Klien kami mungkin kumpul dan proses atau kami mungkin proses bagi pihak dan untuk tujuan Klien kami.

Anda harus menghubungi pembekal perkhidmatan anda secara langsung (walaupun mereka Klien kami) untuk bertanya tentang Maklumat Peribadi yang mungkin mereka miliki tentang anda, atau untuk menggunakan mana-mana hak subjek data lain yang mungkin anda miliki. Anda memahami bahawa penggunaan laman sesawang mereka dan/atau perkhidmatan oleh anda mungkin tertakluk kepada terma dan syarat yang disediakan oleh pembekal-pembekal perkhidmatan (walaupun mereka Klien kami) dan kami bukan pihak dalam perjanjian tersebut.

Platform Media Sosial atau Forum Lain: Kami mungkin menerima maklumat tertentu yang disimpan atau diproses oleh pihak ketiga, seperti laman media sosial termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Facebook®, X / Twitter® dan LinkedIn® apabila anda berinteraksi dengan kami melalui platform media sosial tersebut.

Laman ini mungkin terdapat ciri media sosial – seperti butang “Suka” Facebook – dan widget – seperti butang “kongsi ini”. Ciri-ciri ini mungkin mengumpul alamat IP anda serta butiran halaman yang anda lawati di Laman ini. Ciri media sosial, widget dan bot sembang adalah dihoskan oleh sama ada pihak ketiga atau dihoskan oleh Laman ini. Setiap platform media sosial mungkin mempunyai dasar privasi mereka sendiri yang secara khusus mengawal penggunaan platform dan ciri media sosial anda.

Laman ini juga mungkin memaparkan papan buletin, blog atau forum. Walaupun anda boleh meninggalkan komen di saluran-saluran tersebut, kami tidak memerlukan Maklumat Peribadi anda untuk berbuat demikian. Sebarang Maklumat Peribadi yang anda pilih untuk masukkan melalui forum tersebut boleh dibaca, dikumpul, atau digunakan oleh pelawat lain untuk menghantar mesej tanpa permintaan anda.

Kemunculan hiperpautan atau maklumat, produk atau perkhidmatan yang terkandung dalam hiperpautan pada laman media sosial bukan merupakan pengendorsan kami terhadap laman tersebut dan kami tidak melaksanakan sebarang kawalan editorial ke atas maklumat yang terdapat di laman tersebut. Selain itu, sebarang pendapat yang dinyatakan dalam siaran oleh pengguna di laman media sosial tidak semestinya mewakili kedudukan, strategi atau pendapat kami atau mana-mana ahli gabungan kami. Apabila menggunakan laman tersebut, sila ambil perhatian bahawa notis atau dasar privasi lain mungkin terpakai.

Laman ini mungkin mengandungi pautan ke laman sesawang/platform/aplikasi pihak ketiga yang lain. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas laman sesawang/platform/aplikasi lain tersebut, dan anda akan mengakses laman sesawang/platform/aplikasi ini atas risiko anda sendiri. Oleh itu, kami tidak boleh bertanggungjawab ke atas perlindungan dan privasi sebarang maklumat yang anda berikan semasa melawati laman sesawang/platform/aplikasi tersebut dan yang tidak dikawal oleh Notis Privasi ini. Anda harus berhati-hati dan melihat notis privasi yang terpakai pada laman sesawang/platform/aplikasi tersebut.

Ketepatan Maklumat: Anda mengaku bahawa anda akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk ketepatan atau kebenaran Maklumat Peribadi yang anda kongsikan kepada kami, termasuk mana-mana maklumat pihak ketiga.

Pemindahan Maklumat Merentas Sempadan

Anda mengakui (a) bahawa anda sedang mengakses Laman yang berpangkalan di Amerika Syarikat, (b) bahawa anda memberikan Maklumat Peribadi kepada kami di Amerika Syarikat, dan (c) bahawa kami mesti mematuhi undang-undang Amerika Syarikat. Anda bersetuju bahawa Maklumat Peribadi yang dikumpul di Laman ini mungkin disimpan dan diproses di Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain di mana ahli-ahli gabungan dan pembekal-pembekal perkhidmatan kami menyediakan kemudahan, dan ketika berada dalam bidang kuasa tersebut mungkin tertakluk kepada akses menurut undang-undang bidang kuasa tersebut.

Sebagai syarikat global, kami mungkin memindahkan Maklumat Peribadi berhubungan dengan anda ke lokasi-lokasi di luar negara anda untuk pemprosesan dan penyimpanan. Kami akan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk melindungi Maklumat Peribadi semasa pemindahan tersebut, mengikut undang-undang terpakai.

Bagaimana Kami Melindungi dan Menyimpan Maklumat Peribadi

Walaupun kami mengambil langkah yang munasabah untuk membantu melindungi keselamatan Maklumat Peribadi anda, anda harus sedar bahawa walaupun dengan usaha kami, tiada kaedah penghantaran melalui Internet atau kaedah storan elektronik adalah selamat sepenuhnya. Kami tidak menjamin bahawa Maklumat Peribadi akan dilindungi daripada pemintasan, penyelewengan, penyalahgunaan atau pengubahan, virus, cecacing, kuda Troy, atau sebarang kelemahan lain atau bahawa ia tidak akan dizahirkan atau diakses oleh keadaan tidak sengaja atau oleh tindakan yang tidak dibenarkan.

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi yang Kami Kumpul; Tujuan dan Asas Undang-Undang untuk Pemprosesan

Kami menghargai privasi anda dan komited untuk menggunakan Maklumat Peribadi anda secara bertanggungjawab dan mengikut undang-undang. Tujuan utama kami mengumpul, menggunakan, memproses dan/atau menzahirkan Maklumat Peribadi berhubungan dengan anda untuk memberikan anda pengalaman pelawat dan klien yang selamat, lancar, dan efisien.

Di samping itu, kami mungkin mengumpul, menggunakan, memproses dan/atau menzahirkan Maklumat Peribadi berhubungan dengan anda untuk tujuan berikut dan tujuan-tujuan lain yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini:

Mengendalikan Laman: berdasarkan kepentingan sah kami dalam menawarkan produk dan perkhidmatan kepada anda, memastikan laman sesawang kami berfungsi dengan lancar, dan meningkatkan pengalaman keseluruhan anda;

Menyediakan Sokongan dan Produk dan/atau Perkhidmatan: untuk memberikan sokongan yang anda minta, dan untuk memenuhi produk dan/atau perkhidmatan yang anda minta dan obligasi kontraktual kami dengan anda.

Pengesahan Identiti: untuk memastikan identiti anda, mengesahkan akaun, dan dalam usaha untuk memastikan keselamatan operasi Laman.

Komunikasi dan Pemasaran: untuk menghantar makluman kepada anda mengenai penaik tarafan produk, tawaran-tawaran istimewa, kertas putih, acara dan webinar akan datang, tinjauan, kempen pemasaran, langganan surat berita, pemberitahuan kemas kini blog dan komunikasi-komunikasi lain tentang produk dan perkhidmatan sedia ada dan baharu daripada kami atau rakan kongsi kami.

Tujuan Keselamatan: untuk tujuan keselamatan dalam usaha untuk melindungi kedua-dua data anda dan platform kami.

Pematuhan Undang – Undang: untuk bertindak balas terhadap proses undang-undang, mematuhi undang-undang yang terpakai, keperluan kerajaan atau kawal selia bidang kuasa yang berkaitan (dan sebarang peraturan, kod amalan atau garis panduan yang terpakai), dan bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang dan pihak berkuasa yang berkaitan. Pemprosesan ini diperlukan untuk kami patuhi obligasi undang-undang terpakai; dan/atau

Tujuan Pengambilan: (jika anda memohon sesuatu jawatan dengan kami) untuk tujuan pengambilan dan pengambilan pekerja.

Bagaimana Kami Berkongsi Maklumat Peribadi dengan Pihak Ketiga

Kami bekerjasama dengan dan beberapa kali mengambil syarikat-syarikat lain untuk membekalkan perkhidmatan bagi pihak kami. Maklumat Peribadi boleh dikongsi dengan syarikat, penjual, perunding, dan pembekal perkidmatan lain yang berkerja untuk kami dan perlu mengakses Maklumat Peribadi anda untuk menjalankan tugas tersebut.

Kami juga mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dalam situasi-situasi berikut:

dengan persetujuan anda;

apabila kami percaya dengan suci hati bahawa penzahiran adalah perlu untuk melindungi hak atau harta kami;

untuk melindungi keselamatan anda atau keselamatan orang lain;

untuk menyiasat fraud atau memenuhi permintaan kerajan, kehakiman atau undang-undang lain;

untuk mematuhi undang-undang;

berkaitan dengan perubahan korporat, seperti pengambilan atau percantuman (dan mana-mana pihak ketiga atau entiti hasil yang menerima Maklumat Peribadi tersebut mempunyai hak untuk terus menggunakan Maklumat Peribadi tersebut selaras dengan tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini); dan

Kami ialah sebuah organisasi global. Walaupun kami mempunyai entiti undang-undang yang berbeza (sebagai contoh, subsidiari-subsidiari negara) di banyak bahagian dunia, proses dan infrastruktur dalaman kami adalah berskop dan bersifat antarabangsa dan secara amnya merentas sempadan negara. Oleh itu, anda harus sedar bahawa kami berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan entiti lain Ollion dan memindahkannya ke negara di mana kami menjalankan perniagaan. Pemindahan data sedemikian akan mengikut Notis Privasi ini, dan akan seperti yang dibenarkan oleh undang-undang perlindungan data yang terpakai.

Penyimpanan Data

Kami hanya akan menyimpan Maklumat Peribadi berhubungan dengan anda selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan kami mengumpulnya, termasuklah dengan tujuan untuk memenuhi obligasi pemprosesan kami kepada anda, atau untuk memenuhi tujuan perniagaan dan/atau undang-undang kami, termasuk sebarang keperluan undang-undang, perakaunan atau pelaporan.

Untuk menentukan tempoh penyimpanan yang sesuai untuk Maklumat Peribadi, kami mempertimbangkan pelbagai faktor yang merangkumi jumlah, sifat dan sensitiviti data peribadi, potensi risiko kemudaratan daripada penggunaan tanpa kebenaran atau penzahiran Maklumat Peribadi anda, tujuan kami memproses data dan sama ada kami boleh mencapai tujuan tersebut melalui cara-cara lain, dan keperluan undang-undang yang terpakai. Dalam beberapa keadaan, anda boleh meminta kami memadamkan Maklumat Peribadi anda – sila rujuk “Notis Privasi Rantau-Rantau Lain” di bawah untuk maklumat lanjut.

Dalam sesetengah keadaan kami mungkin agregat dan/atau nyahkenalpasti, Maklumat Peribadi anda (supaya ia tidak lagi dikaitkan dengan anda), di mana kami mungkin menyimpan dan menggunakan maklumat tersebut selama-lamanya tanpa notis lanjut.

Bagaimana Anda Boleh Mengakses atau Mengubah Maklumat Peribadi Anda, dan sebagainya

Anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa untuk bertanya tentang Maklumat Peribadi yang kami kumpul mengenai anda. Anda boleh menarik balik persetujuan, memohon akses, membetulkan, atau (dalam keadaan-keadaan seperti yang dinyatakan di “Notis Privasi Rantau-Rantau Lain”) meminta pemadaman Maklumat Peribadi anda melalui cara-cara berikut (apabila sesuai):

dengan menggunakan pilihan-pilihan pada borang Laman

Borang Pertanyaan Am - sini

Borang Pertanyaan Khusus California - sini

dengan menyahlanggan e-mel

Borang Permohonan Pemasaran - sini; atau

dengan menghubungi kami di privacy@ollion.com.

Kami akan membalas permintaan anda dalam tempoh masa yang munasabah. Kami akan memproses permintaan sedemikian mengikut undang-undang yang terpakai.

Bagaimana Kami Menggunakan Teknologi Penjejakan

Apabila anda melawati Laman ini, sila ambil perhatian bahawa kami dan pembekal-pembekal perkhidmatan kami menggunakan kuki atau teknologi serupa untuk mempercepatkan proses log masuk pengguna, mengingati tetapan pengalaman pengguna, menganalisis trend, mentadbir Laman ini, menjejaki pergerakan pengguna di sekitar Laman, dan untuk mengumpulkan maklumat demografik tentang pangkalan pengguna kami secara keseluruhan. Anda boleh mengawal penggunaan kuki pada peringkat penyemak imbas individu, tetapi jika anda memilih untuk menghentikan kuki, ia mungkin mengehadkan penggunaan anda terhadap ciri atau fungsi tertentu pada Laman ini atau perkhidmatan. Untuk maklumat lanjut, sila lihat Dasar Kuki kami yang tersedia di https://ollion.com/cookie-notice.

Kami mungkin bekerjasama dengan pembekal pihak ketiga untuk memaparkan iklan di Laman kami atau untuk menguruskan iklan kami di laman sesawang lain. Pembekal pihak ketiga kami mungkin menggunakan kuki atau teknologi serupa untuk memberikan iklan kepada anda berdasarkan aktiviti-aktiviti dan minat semak imbas anda.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang menarik diri daripada pegiklanan berasaskan minat, sila lawati laman luaran: https://www.aboutads.info/choices/, atau jika berada di Kesatuan Eropah, sila lawati: https://www.youronlinechoices.eu/.Sila ambil perhatian bahawa anda mungkin terus menerima iklan generik.

Bagaimana anda Boleh Menarik Diri Daripada Komunikasi Pemasaran

Kami mungkin menghubungi anda untuk memaklumkan anda tentang acara yang akan datang, webinar, kertas putih dan kempen promosi yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami. Jika kami menentukan bahawa persetujuan nyata anda diperlukan untuk menghantar komunikasi pemasaran, kami akan mendapatkan persetujuan itu sebelum atau pada masa pengumpulan Maklumat Peribadi anda.

Kami menghormati pilihan anda berkenaan dengan Maklumat Peribadi anda seperti yang dikehendaki oleh undang-undang privasi dan perlindungan data yang terpakai. Anda boleh memilih sama ada anda ingin menerima e-mel promosi, mesej SMS, panggilan telefon dan mel pos daripada kami dengan menggunakan kaedah tarik diri (sekiranya dibenarkan di bawah undang-undang terpakai) yang diterangkan dalam komunikasi tersebut. Contohnya, jika anda ingin berhenti menerima komunikasi e-mel pemasaran daripada kami, anda boleh mengklik pautan “nyahlanggan” di bahagian bawah e-mel komunikasi pemasaran yang berkaitan atau dengan mengikuti arahan yang diperincikan dalam komunikasi. Sila ambil perhatian bahawa ini mungkin tidak menyahlanggan anda daripada semua komunikasi lain.

Jika anda ingin menarik diri daripada semua komunikasi pemasaran, sila hubungi kami menggunakan butiran yang diberikan di bawah.

Permohonan Tarik Diri Daripada Pemasaran - sini

Pengumpulan Maklumat daripada Kanak-Kanak

Kami tidak mengumpul Maklumat Peribadi yang berkaitan dengan kanak-kanak dengan disedari. Sekiranya kami mengetahui bahawa kami telah mengumpul Maklumat Peribadi daripada sesiapa yang berumur di bawah 13 tahun atau mana-mana umur minimum lain seperti yang ditetapkan dalam sub-bahagian “Notis Privasi Rantau-Rantau Lain” (yang lebih tinggi, “umur minimum”) tanpa kebenaran ibu bapa terlebih dahulu, kami akan mengambil langkah-langkah untuk memadam maklumat tersebut dengan segera. Dengan memberikan Maklumat Peribadi anda kepada kami, melalui Laman tersebut atau sebaliknya, anda menyatakan bahawa anda berumur minimum atau lebih.

Bagaimana Anda Boleh Menghubungi Kami mengenai Privasi

Jika anda mempunyai sebarang soalan, komen atau kebimbangan mengenai privasi anda atau Notis Privasi ini, atau untuk menggunakan hak anda di bawah undang-undang privasi dan perlindungan data yang terpakai, sila hubungi kami melalui e-mel di Privacy@ollion.com atau melalui telefon di 1 (888) 317 – 7920.

Apabila sesuai, kami akan mengesahkan permintaan anda menggunakan maklumat yang dikaitkan dengan nama dan alamat e-mel anda.

NOTIS PRIVASI RANTAU-RANTAU LAIN

Kami menyediakan maklumat tambahan di bawah mengenai pengumpulan, penggunaan, pemprosesan, penzahiran, penyimpanan, perkongsian dan/atau perlindungan Maklumat Peribadi yang terletak dalam bidang kuasa tertentu seperti yang dinyatakan di bawah:

Hak Subjek Data – European Economic Area (EEA) dan United Kingdom (UK)

Jika anda adalah pemastautin EEA, anda mungkin mempunyai hak tambahan di bawah Peraturan Perlindungan Data Am Kesatuan Eropah (European Union General Data Protection Regulations) dan Akta Perlindungan Data UK 2018 (UK Data Protection Act 2018) berkenaan dengan data peribadi anda (seperti yang ditakrifkan di dalam undang-undang berkaitan), termasuk seperti yang digariskan di bawah. Untuk tujuan bahagian Notis Privasi ini, negara berikut disertakan: United Kingdom, Switzerland dan negara-negara Kawasan Ekonomi Eropah Iceland, Liechtenstein dan Norway.

Jika anda ialah seorang individu EEA yang menyerahkan Maklumat Peribadi anda kepada kami, anda mempunyai hak subjek data yang perlu anda ketahui. Sebagai pengawal data anda, anda boleh menghubungi kami berkenaan dengan penggunaan mana-mana hak subjek data anda.

Hak untuk mengakses – Anda mempunyai hak untuk meminta daripada kami salinan data peribadi anda.

Hak untuk pembetulan – Anda mempunyai hak untuk meminta kami membetulkan data peribadi yang anda percaya adalah tidak tepat. Anda juga mempunyai hak untuk meminta kami melengkapkan data peribadi yang anda percaya tidak lengkap.

Hak untuk memadam – Anda mempunyai hak untuk meminta kami memadamkan data peribadi anda, di bawah syarat tertentu.

Hak untuk mudah alih data – Anda mempunyai hak untuk meminta kami memindahkan data yang telah kami kumpulkan kepada organisasi lain, atau terus kepada anda, di bawah syarat tertentu.

Hak untuk membantah/menghalang pemprosesan – Anda mempunyai hak untuk membantah pemprosesan data peribadi anda oleh kami, di bawah syarat-syarat tertentu. Anda juga mempunyai hak untuk meminta kami menyekat pemprosesan data peribadi anda, di bawah syarat-syarat tertentu.

Hak untuk membantah pembuatan keputusan individu secara automatik, termasuk pemprofilan.

Anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data.

Pemastautin UK mempunyai hak untuk membuat aduan pada bila-bila masa kepada Information Commissioner’s Office (“ICO”), pihak berkuasa pengawasan UK bagi isu perlindungan data (www.ico.org.uk). Namun begitu, kami menghargai sebarang peluang untuk menanggani kebimbangan anda sebelum anda mendekati ICO, oleh itu minta hubungi kami terlebih dahulu. Kami mungkin perlu meminta maklumat khusus daripada anda untuk membantu kami mengesahkan identiti anda atau menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan permintaan anda.

Notis Tambahan – Akta Perlindungan Pengguna California (CCPA)

Notis Tambahan ini hanya terpakai pada pemprosesan Maklumat Peribadi kami yang tertakluk kepada CCPA.

CCPA memberikan pemastautin California hak untuk mengetahui kategori maklumat peribadi yang dikumpul oleh Ollion berkenaan mereka, dan sama ada Ollion menzahirkan maklumat peribadi itu untuk tujuan perniagaan (misalnya, kepada pembekal perkhidmatan) dalam dua belas bulan sebelumnya. Pemastautin California boleh mendapatkan maklumat di bawah:

Kategori Maklumat Peribadi yang Dikumpul oleh Ollion

Kategori Pihak Ketiga kepada Siapa Maklumat Peribadi Dizahirkan untuk Tujuan Perniagaan

Pengecam

Pembekal Perkhidmatan

Kategori maklumat peribadi yang disenaraikan dalam statut California Customer Records (Cal. Civ. Code § 1798.80(e))

Pembekal Perkhidmatan

Ciri klasifikasi yang dilindungi di bawah undang-undang California atau persekutuan

Pembekal Perkhidmatan

Maklumat komersial

Pembekal Perkhidmatan

Internet atau aktiviti rangkaian elektronik lain

Pembekal Perkhidmatan

Data geolokasi

Pembekal Perkhidmatan

Data sensori

Pembekal Perkhidmatan

Maklumat profesional atau berkaitan pekerjaan

Pembekal Perkhidmatan

Maklumat pendidikan bukan awam (mengikut the Family Educational Rights and Privacy Act(20 U.S.C. Sec. 1232g, 34 C.F.R. Part 99))

Pembekal Perkhidmatan

Maklumat peribadi yang menzahirkan keselamatan sosial pengguna, lesen memandu, kad pengenalan negera atau nombor pasport.

Pembekal Perkhidmatan

Maklumat peribadi yang menzahirkan log masuk akaun pengguna, akaun kewangan, kad debit atau nombor kad kredit dalam kombinasi dengan sebarang kod keselamatan atau akses, kata laluan atau bukti kelayakan yang diperlukan yang membenarkan akses kepada akaun.

Pembekal Perkhidmatan

Maklumat peribadi yang menzahirkan kandungan mel, e-mel dan mesej teks pengguna melainkan Ollion adalah penerima komunikasi yang dimaksudkan.

Pembekal Perkhidmatan

Kategori sumber yang kami kumpul Maklumat Peribadi dan untuk tujuan perniagaan dan komersial kami bagi kami menggunakan dan menzahirkan Maklumat Peribadi dinyatakan masing-masing dalam “Data yang Kami Kumpul dan Cara Kami Mengumpulnya”, “Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi yang Kami Kumpul; Tujuan dan Asas Undang-Undang untuk Pemprosesan” dan “Bagaimana Kami Berkongsi Maklumat Peribadi dengan Pihak Ketiga” di atas. Kami akan menyimpan maklumat peribadi mengikut tempoh masa yang ditetapkan dalam “Penyimpanan Data”.

Penzahiran Tambahan kepada Pemastautin California

Hak di bawah CCPA. Di bawah CCPA, anda mempunyai hak untuk:

Sahkan Sama Ada Ollion Memproses Maklumat Peribadi Anda (juga dikenali sebagai “hak untuk mengetahui”)

Meminta Akses kepada atau Kemudahalihan Maklumat Peribadi Anda, termasuk: (i) mendapatkan akses kepada atau salinan Maklumat Peribadi anda, dan (ii) mendapatkan salinan elektronik Maklumat Peribadi yang telah anda berikan kepada kami, atau meminta kami menghantar Maklumat Peribadi tersebut kepada syarikat lain dalam format berstruktur, biasa digunakan dan boleh dibaca melalui mesin (juga dikenali sebagai “hak data mudah alih”);

Minta Pembetulan Maklumat Peribadi anda; dan

Minta Pemadaman Maklumat Peribadi anda.

Jika anda seorang pemastautin California dan ingin menggunakan mana-mana hak ini, sila hubungi kami seperti yang dinyatakan dalam “Bagaimana Anda Boleh Menghubungi Kami tentang Privasi” di atas. Kami akan memproses permintaan sedemikian menurut CCPA.

Penzahiran Berkenaan “Jualan” Maklumat Peribadi di bawah CCPA. Dalam dua belas bulan sebelumnya, Ollion, Inc. tidak “menjual” (seperti yang ditakrifkan dalam CCPA) sebarang Maklumat Peribadi, dan Ollion juga tidak mempunyai pengetahuan yang sebenar tentang sebarang “jualan” (seperti yang ditraktifkan dalam CCPA) Maklumat Peribadi kanak-kanak di bawah umur 16 tahun.

Penzahiran Berkenaan Pengiklanan Tingah Laku Merentas Konteks di bawah CCPA. Dalam dua belas bulan sebelumnya, Ollion tidak “berkongsi” (seperti yang ditakrifkan dalam CCPA) sebarang Maklumat Peribadi untuk “pengiklanan tingkah laku merentas konteks” (seperti yang ditakrifkan dalam CCPA), begitu juga Ollion tidak mempunyai pengetahuan sebenar tentang sebarang “perkongsian” Maklumat Peribadi kanak-kanak di bawah umur 16 tahun untuk “pengiklanan tingkah laku merentas konteks”.

Penzahiran Berkenaan Maklumat Peribadi Sensitif. Ollion hanya menggunakan dan menzahirkan Maklumat Peribadi yang sensitif untuk tujuan berikut:

Untuk melaksanakan perkhidmatan atau membekalkan barangan yang dijangka munasabah oleh pengguna biasa yang meminta barangan atau perkhidmatan tersebut.

Untuk mencegah, mengesan dan menyiasat insiden keselamatan yang menjejaskan ketersediaan, kesahan, integriti dan atau kerahsiaan Maklumat Peribadi yang disimpan atau dihantar.

Untuk menentang tindakan berniat jahat, tipu daya, secara fraud, atau kesalahan undang-undang yang ditujukan kepada Ollion dan untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab atas tindakan tersebut.

Untuk memastikan keselamatan fizikal orang sebenar.

Untuk mengesahkan atau mengekalkan kualiti atau keselamatan produk, perkhidmatan atau peranti yang dimiliki, dikeluarkan oleh, dikeluarkan untuk atau dikawal oleh Ollion, dan untuk menambah baik, menaik taraf, atau meningkatkan perkhidmatan atau peranti yang dimiliki, dikeluarkan oleh, dikeluarkan untuk, atau dikawal oleh Ollion.

Untuk tujuan yang tidak menyimpulkan sifat-sifat berkaitan individu.

Penzahiran Berkenaan Maklumat yang Dinyahkenalpasti. Jika kami mencipta atau menerima maklumat yang dinyahkenalpasti, kami tidak akan cuba mengenal pasti semula maklumat tersebut, melainkan dibenarkan oleh, atau dikehendaki untuk mematuhi CCPA.

Tanpa Diskriminasi. Pemastautin California mempunyai hak untuk tidak menerima layanan diskriminasi oleh kami untuk melaksanakan hak mereka yang diberikan oleh CCPA.

Ejen yang Disahkan: Hanya anda, atau seseorang yang diberi kuasa secara sah untuk bertindak bagi pihak anda, boleh membuat permintaan pengguna yang boleh disahkan berhubungang dengan Maklumat Peribadi anda. Anda juga boleh membuat permintaan pengguna yang boleh disahkan bagi pihak anak bawah umur anda. Untuk memberikan kebenaran kepada ejen, berikan kebenaran bertulis yang ditandatangani oleh anda dan ejen anda yang dilantik dan hubungi kami seperti yang dinyatakan dalam “Bagaimana Anda boleh Menghubungi Kami tentang Privasi” di atas untuk mendapatkan arahan tambahan.

Pengesahan. Untuk melindungi privasi anda, kami akan mengambil langkah-langkah untuk mengesahkan identiti anda secara munasabah sebelum memenuhi permintaan anda yang dikemukakan di bawah CCPA. Langkah-langkah ini mungkin melibatkan meminta anda memberikan maklumat yang mencukupi yang membolehkan kami mengesahkan secara munasabah anda adalah orang yang kami kumpulkan Maklumat Peribadi atau wakil yang diberi kuasa. Contoh proses pengesahan kami mungkin termasuk meminta anda memberikan alamat e-mel yang kami kaitkan dengan anda dan mengikut arahan yang kami berikan kepada anda.

Penzahiran Berkenaan Isyarat Keutamaan Tarik Diri. Ollion tidak “menjual” Maklumat Peribadi atau “berkongsi” Maklumat Peribadi untuk “pengiklanan tingkah laku merentas konteks” jadi ia tidak bertindak balas kepada isyarat pilihan tarik diri.

Perlindungan Data Peribadi Di Bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2012 Singapura (PDPA)

PDPA terpakai kepada pengumpulan, penggunaan dan penzahiran Data Peribadi (di mana istilah yang ditakrifkan ini digunakan dalam bahagian ini, ia hendaklah mempunyai maksud seperti yang ditakrifkan di bawah PDPA Singapura) oleh organisasi (seperti yang ditakrifkan di bawahnya). Notis Privasi seperti yang dinyatakan akan digunakan untuk Data Peribadi tersebut serta peruntukan khusus berikut:

PENARIKAN BALIK PERSETUJUAN

Jika anda ingin menarik balik persetujuan anda berhubung dengan pengumpulan, penggunaan dan penzahiran Maklumat Peribadi berkenaan anda oleh kami untuk apa-apa tujuan, anda boleh mengubungi kami mengikut cara yang ditetapkan dalam bahgaian bertajuk “Bagaimana Anda Boleh Menghubungi Kami tentang Privasi”.

Sila berikan masa yang munasabah (bergantung kepada kerumitan permintaan dan kesannya terhadap hubungan kami dengan anda) untuk permintaan anda diproses, dan untuk kami memaklumkan anda tentang akibat penarikan balik tersebut. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak akan bertanggungjawab atas akibat yang timbul daripada permintaan anda untuk menarik balik persetujuan anda.Walaupun kami menghormati keputusan anda untuk menarik balik persetujuan anda, sila ambil perhatian bahawa bergantung kepada sifat dan skop permintaan anda, kami mungkin tidak berada dalam kedudukan untuk terus memberikan penyelesaian, produk atau perkhidmatan kami kepada anda dan kami akan, dalam keadaan sedemikian, memaklumkan anda sebelum menyelesaikan pemprosesan permintaan anda.

Selepas penarikan balik, kami akan berhenti (dan memerlukan perantara data kami untuk berhenti) mengumpul, menggunakan atau menzahirkan Data Peribadi tersebut melainkan pengumpulan, penggunaan atau penzahiran (mengikut kes yang berlaku) tanpa persetujuan anda adalah diperlukan atau dibenarkan di bawah undang-undang PDPA Singapura atau undang-undang bertulis lain.

.

AKSES & PEMBETULAN

Apabila anda telah menyerahkan permintaan akses kepada Data Peribadi anda mengenai anda yang berada dalam simpanan kami, atau di bawah kawalan kami, dan maklumat mengenai cara-cara Data Peribadi tersebut telah atau mungkin telah digunakan atau dizahirkan oleh kami dalam tempoh setahun sebelum tarikh permintaan, kami mungkin mengenakan bayaran yang berpatutan kepada anda untuk memproses permintaan akses tersebut dan akan memberikan anda anggaran bertulis bayaran tersebut sebelum memproses permohonan anda.

Jika anda telah mengemukakan permohonan untuk kami membetulkan kesilapan atau peninggalan dalam Data Peribadi anda dalam simpanan atau di bawah kawalan kami dan melainkan kami berpuas hati atas alasan yang munasabah bahawa pembetulan tidak sepatutnya boleh atau pengecualian terpakai, kami akan (i) membetulkan Data Peribadi secepat mungkin; dan (ii) menghantar Data Peribadi yang telah diperbetulkan kepada organisasi lain yang mana Data Peribadi dizahirkan oleh kami (atau dengan persetujuan anda, kepada organisasi tertentu sahaja) dalam tempoh satu tahun sebelum tarikh pembetulan dibuat, melainkan organisasi lain tersebut tidak memerlukan Data Peribadi yang dibetulkan untuk sebarang tujuan undang-undang atau perniagaan.

Perlindungan Data Peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia (“PDPA Malaysia”)

PDPA Malaysia terpakai kepada semua Data Peribadi (di mana istilah yang ditakrifkan ini digunakan dalam bahagian ini, ia hendaklah mempunyai maksud seperti yang ditakrifkan di bawah PDPA Malaysia) yang dikumpul, digunakan atau dizahirkan (i) di Malaysia; atau (ii) di luar Malaysia jika terdapat niat untuk Data Peribadi diproses selanjutnya di Malaysia.

Notis Privasi seperti yang dinyatakan akan digunakan untuk Data Peribadi tersebut serta peruntukan khusus berikut:

TAKRIFAN KANAK-KANAK

Bagi tujuan Notis Privasi ini, kanak-kanak merujuk kepada sesiapa berumur di bawah 18 tahun.

PENARIKAN BALIK PERSETUJUAN

Wajib bagi anda untuk memberikan kami semua Data Peribadi yang diminta (kecuali dinyatakan sebaliknya) dan kami mungkin tidak dapat memberikan perkhidmatan anda kepada anda jika anda gagal memberikan kami Data Peribadi yang diminta.

Anda mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan anda untuk kami meneruskan pemprosesan Data Peribadi anda dan kami akan membalas permintaan anda dalam tempoh masa yang munasabah.

AKSES & PEMBETULAN

Anda mempunyai hak untuk mengakses, membetulkan dan mengemas kini Data Peribadi anda dan kami akan mematuhi permintaan tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah PDPA Malaysia kecuali dalam keadaan luar biasa seperti yang ditetapkan di bawah PDPA Malaysia. Kami juga berhak untuk mengenakan bayaran kepada anda untuk memberikan anda salinan Data Peribadi yang diminta dan akan memberikan anda notis bertulis mengenai bayaran tersebut sebelum memproses permintaan anda.

PEGAWAI PERLINDUNGAN DATA

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan atau kilanan mengenai Notis Privasi ini, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data yang kami lantik di Privacy@ollion.com atau melalui telefon di 1 (888) 317-7920. Kami akan membalas permintaan sedemikian tepat pada masanya.

Perlindungan Data Peribadi di bawah Undang-Undang No.27 Tahun 2022 berkenaan Perlindungan Data Peribadi Indonesia (“Undang-Undang PDP Indonesia”)

Undang-Undang DPP Indonesia terpakai untuk semua Data Peribadi (di mana istilah yang ditakrifkan ini digunakan dalam bahagian ini, ia hendaklah mempunyai maksud seperti yang ditakrifkan di bawah Undang-Undang PDP Indonesia) yang dikumpul, digunakan atau dizahirkan: (i) di Indonesia, dan/atau (ii) di luar Indonesia setakat mana Data Peribadi dimiliki oleh warganegara Indonesia, atau pengumpulan Data Peribadi mempunyai akibat undang-undang di Indonesia.

TAKRIFAN KANAK-KANAK

Bagi tujuan Notis Privasi ini, kanak-kanak merujuk kepada sesiapa berumur di bawah 18 tahun dan belum berkahwin.

HAK-HAK SUBJEK DATA

Sebagai pengawal data anda, anda boleh menghubungi kami berkenaan dengan penggunaan mana-mana hak subjek data anda di bawah Artikel 5 -13 Undang-Undang PDP Indonesia:

Hak untuk mendapatkan maklumat;

Hak untuk pembetulan;

Hak untuk mengakses;

Hak untuk memadam;

Hak untuk menarik balik persetujuan;

Hak untuk tidak tertakluk kepada keputusan berdasarkan pemprosesan automatik semata-mata;

Hak untuk menyekat pemprosesan;

Hak untuk mendapat pampasan; dan

Hak untuk mudah alih data

Undang-Undang Privasi di India

Notis Privasi ini diselaraskan menurut keperluan undang-undang yang terpakai di India seperti Akta Teknologi Maklumat 2000, Kaedah-Kaedah Teknologi Maklumat (Amalan dan Prosedur Keselamatan yang Munasabah dan Data atau Maklumat Peribadi Sensitif), 2011 (Information Technology Act 2000, the Information Technology (Reasonable Security Practices and Procedures and Sensitive Personal Data or Information) Rules, 2011).

TAKRIFAN KANAK-KANAK

Untuk tujuan Notis Privasi ini, kanak-kanak merujuk kepada sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun.

HAK-HAK ANDA

Anda mempunyai hak untuk mengakses dan menyemak Maklumat Peribadi dalam simpanan kami.

Jika Maklumat Peribadi didapati tidak tepat atau kurang, anda mempunyai hak untuk meminta kami membetulkan atau meminda mana-mana Maklumat Peribadi tersebut.

Anda mempunyai pilihan untuk menarik balik persetujuan pada bila-bila masa di mana kami bergantung pada persetujuan untuk memproses Maklumat Peribadi.

Bergantung pada sifat permintaan, kami mungkin meminta anda melengkapkan borang permohonan Maklumat Peribadi atau mendapatkan butiran tertentu untuk mengesahkan permohonan tersebut. Semua permohonan untuk Maklumat Peribadi akan dikendalikan dalam tempoh masa yang munasabah. Jika anda ingin menggunakan mana-mana hak ini, sila hubungi kami mengikut bahagian “Bagimana Anda Boleh Menghubungi Kami tentang Privasi”.

PEMINDAHAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA MERENTAS SEMPADAN:

Kami mempunyai kehadiran di seluruh dunia termasuk tetapi tidak terhad kepada Singapura, Malaysia, Indonesia, dan Amerika Syarikat. Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan mungkin diproses di luar India dengan perlindungan yang mencukupi. Anda dengan ini mengakui dan bersetuju dengan pemindahan data tersebut.

PEGAWAI PENYELESAIAN ADUAN

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan atau kilanan mengenai Notis Privasi ini, anda boleh menghubungi Pegawai Penyelesaian Aduan yang kami lanti di privacy@ollion.com. Kami akan membalas permintaan sedemikian tepat pada masanya.